Litar   Produk   Tahu Elektronik   Blog

Buat Projek Sendiri:

Adakah anda berminat untuk mencuba buat projek sendiri? Apakah yang anda rasa setelah berjaya menyiapkan projek yang telah anda buat sendiri dan melihat hasilnya? Tentu anda gembira. Dan yang lebih penting adalah kepuasan. Apa kata kalau anda cuba satu projek anda sendiri? Apa? Anda tak tahu macam mana nak mula? Tak tahu langsung macam mana nak buat?

Oklah kalau macam tu... saya bantu anda untuk buat projek anda sendiri. Ikut langkah-langkah mudah satu persatu yang akan saya tunjukkan. Secara ringkasnya saya tunjukkan langkah demi langkah.

Langkah Pertama:
Untuk langkah permulaan ini, apa yang perlu dibuat adalah memastikan apakah projek atau litar yang ingin dibuat. Caranya dengan mencari diagram litar projek yang boleh diperolehi di mana-mana atau di dalam web MyEnik. Katakan saya ingin buat litar Pengesan Haba. Langkah pertama adalah mencari diagram litar yang sesuai.

Langkah Kedua:
Setelah dapat diagram litar yang sesuai yang saya suka, langkah seterusnya menyenaraikan semua komponen yang terdapat pada diagram litar tersebut. Setelah siap senarai tersebut, saya akan mencari semua komponen sehingga lengkap. Dapatkan semua komponen dengan membeli di kedai yang menjual komponen elektronik atau boleh beli terus melalui MyEnik.

Langkah Ketiga:
Semua komponen dan termasuk juga dengan veroboard telah disediakan. Langkah seterusnya adalah membuat surihan litar atau membaca litar sambil menterjemah kepada surihan di atas veroboard. Kerja ini memerlukan ketelitian bagi mengelak kesilapan semasa memasang di atas veroboard. 

Langkah Tambahan:
Sebelum memulakan surihan dan kerja pemasangan komponen di atas veroboard, salah satu teknik yang perlu anda lakukan adalah pengujian litar di atas breadboard. Pengujian dilakukan bagi memastikan diagram litar yang saya pilih benar-benar menjadi. Namun jika diagram tersebut sudah terbukti memang berfungsi litarnya, langkah tambahan ini tidak perlu dilakukan.

Langkah Keempat:
Setelah surihan litar siap dibuat di atas kertas, tibalah masanya memasang komponen di atas veroboard. Semasa pemasangan dilakukan, pastikan beberapa perkara yang perlu diutamakan seperti keselamatan kerja, pemasangan kaki komponen dengan betul, pemotongan laluan veroboard dan hasil kerja yang kemas.

Langkah Kelima:
Setelah pemasangan berjaya dilakukan, saya akan menguji litar tersebut dengan menggunakan Unit Bekalan Kuasa pada julat voltan yang betul mengikut voltan penerima litar tersebut. Sekiranya litar tersebut berfungsi pada voltan 9 volt, saya akan melaraskan Unit Bekalan Kuasa kepada voltan keluaran 9 volt.

Terdapat lima langkah mudah untuk membina litar elektronik anda sendiri. Namun begitu jika anda sukar untuk melakukan kerja pematerian komponen di atas veroboard, anda hanya perlu lakukan sehingga langkah tambahan sahaja. Iaitu pemasangan di atas breadboard. Penggunaan breadboard tidak kekal berbanding veroboard.

Saya harap anda dapat mengikuti kesemua langkah yang ditunjukkan di atas ini. Jika anda inginkan lebih lanjut lagi cara merekacipta dan membina litar projek sendiri anda boleh dapatkan e-book teknik tersebut DI SINI. Selamat mencuba.

 

 
Buku Koleksi Litar LED + Komponen Elektronik adalah produk yang paling lama dijual di MyEnik. Ia merupakan antara produk yang terawal disenaraikan.

Daftar percuma dengan hanya masukkan Nama anda dan e-mail. Pendaftaran ini ini untuk mailing list MyEnik dan layak mendapat e-book elektronik PERCUMA.

Name:
Email:

Teknik Rekacipta

Sebenarnya memang banyak kesilapan boleh berlaku semasa melakukan kerja pemasangan komponen di atas papan (veroboard, stripboard, PCB atau breadboard). Namun kemahiran yang tinggi juga boleh mengundang kesilapan tetapi tidaklah ketara apatah lagi bagi yang kurang berpengalaman.

Banyak faktor yang boleh diambil kira sekiranya litar projek tidak menjadi atau berfungsi dengan tidak betul. Faktor keadaan komponen juga perlu diambil kira. Ini termasuk juga komponen yang rosak walaupun baru dibeli. Faktor rosak juga banyak keadaan yang boleh digambarkan termasuk kesilapan pembuatan pengilangan. Jadi jalan penyelesaian adalah penyediaan komponen backup sebagai persediaan sekiranya ada komponen yang rosak.

Belajar Untuk Hobi

Untuk merealisasikan kepuasan membina litar projek kit sebagai hobi tersendiri, jangan lupa mempelajari ilmu yang berkaitan dengannya. Agak sukar bagi kita jika melaksanakan hobi ini sekiranya banyak perkara yang kita kurang ketahui. Langkah yang betul adalah mempelajari dari mereka yang pakar atau mengambil kursus berkaitan.

Rahsia Di sebaliknya

Terdapat beberapa perkara yang sebenarnya kita sedar atau tidak disamping kita asyik dengan hobi unit ini. Banyak kelebihan sekiranya kita tergolong dalam insan yang sangat kreatif. Banyakkan penghasilan benda baru dan ini berkaitan dengan seni rekacipta.

Apalah yang boleh kita usahakan selain dari merekacipta benda yang baru atau mengubahsuai rekaan kepada sesuatu yang lebih baik demi kemajuan manusia. Sinonim dengan perkara ini adalah kemahiran berfikir dan membuat keputusan. Secara tidak langsung ia melatih kita melakukan aktiviti berfikir dan menjana idea-idea hebat

 

Hubungi   Blog   FAQ


Laman web ini dikelolakan oleh Mohd Azrai dan dibantu oleh Mohd Shahrul Nizam. Semua maklumat yang disiarkan merupakan hasil kerja dan hak milik MyEnik sendiri berpandukan pengalaman dan kemahiran dalam bidang berkaitan. Sebarang kesilapan dan keraguan yang terdapat dalam laman web myenik ini mungkin tidak disengajakan dan MyEnik tidak menjamin sebarang perkara yang tidak diingini berlaku secara langsung atau tidak langsung. Laman web ini bukan laman web rasmi mana-mana pemilik syarikat.
   
Internet Niaga Dot Com : Rakan Niaga Internet Anda

 

Custom Search